Aku dan stokis tupperware

Assalamualaikum

Hati tengah panas dengan si stokis tupperware, makanya tertulislah entry ini.

Stokis-stokis semua jangan risau, aku bukan nak menjatuhkan tupperware atau memburukkan tupperware.

Cuma nak bercerita sikap ‘Manusia’ yang bekerja di stokis itu.

Kisah bermula bila aku teringat ada stokis tupperware yang dekat dengan rumah my sis.

Jadi memandangkan aku tak sihat, aku minta jasa baik my sis tolong belikan item yang aku nak.

No id, kod item, termasuklah gambar kad ahli aku siap-siap whats app pada my sis.

Tiba hari kejadian, pekerja di stokis tak benarkan mereka tolong belikan item berkenaan dengan menggunakan id aku, walaupun setelah ditunjukkan gambar kad ahli aku dan diterangkan aku kurang sihat dan minta mereka tolong beli bagi pihak aku. (Untuk makluman, aku dah tanya upline aku siap-siap, boleh tak aku minta orang lain beli item tupperware dengan gunakan id aku, dan upline aku bagi green light. )

Akhirnya setelah beberapa ketika, si pekerja benarkan mereka beli dan dapat diskaun ahli.

Malamnya aku call, dan diberitahu tentang perkara itu. Pada aku, tak apalah sebab dapat juga beli. Tapi menurut mereka, layanan pekerja stokis itu memang teruk, dengan cara bercakap yang sombong, air muka yang langsung tak mesra.

Kemudian esoknya, upline aku mengkhabarkan berita , sales aku tak masuk dalam sistem. Bila aku minta my family semak invois, ada dicetak, UNPAID invoice, sedangkan mereka dah bayar dan item dah selamat berada di rumah my sis.

So, atas nasihat upline, aku call stokis berkenaan, bercakap dengan pekerja yang berurusan dengan family aku semalam. Awalnya dia semak id aku dan katanya tiada dalam register. Pelik kan? Bila aku cakap invoice semua ada, barulah dia semak semula, dan katanya dia tak close account aku sebab bukan aku sendiri yang pergi beli, dan semasa my family datang beli, mereka tak bawa kad aku. Dia cuma benarkan my family buat pembelian dan bagi diskaun ahli sebab katanya my family ‘insist’. Hello?? Even my family said, mereka cuma minta benarkan beli sebab aku tak sihat dan tak dapat beli sendiri. Kalau pekerja tu memang taknak benarkan, mereka pun tak kuasa nak insist supaya dia bagi item tu sebab mereka memang dah panas hati dengan layanan pekerja tu, dan dah tak nak jejakkan kaki dah ke stokis tu.

And yes, dia berkeras supaya aku atau my family datang balik ke stokis dan tunjuk kad ahli, baru dia akan close account dan masukkan sales aku dalam sistem, in 7 working days. There is no way aku akan drive 4 jam semata-mata nak tunjuk kad aku pada dia. Dan jawapan dia? Memang kena macam tu lah. BIla aku tanya kenapa dah bayar tetap bagi invoice UNPAID? Itu jugak jawapan dia, aku kena ke sana tunjuk kad, baru dia akan bagi resit PAID. Habis tu duit tunai yang my family dah bayar semalam tu masuk dalam rekod mana yer? Jawapan dia, belum close account!!!

Since aku dah menggigil menahan marah, aku malas nak cakap banyak, dan aku terlupa nak tanya kalau aku tak datang tunjuk kad ahli in 7 working days, sales aku yang rm2++ tu akan close bawah account siapa? Account dia ke? Kalau dari awal dia memang tak nak masukkan sales aku dalam sistem, kenapa tak inform pada family aku sebelum mereka buat pembayaran?

Sekarang ni, upline aku tengah berusaha nak tolong supaya sales masuk dalam account aku.

Dan rupa-rupanya, ini bukan kali pertama aku tertipu dengan pekerja stokis.

Sebelum ni aku pernah terkena yang sama, aku sendiri yang ke stokis, dan kad ahli ada dengan aku. Aku dah bbuat pembayaran tunai, ambil item dan balik ke rumah. Tanpa aku sedar, invoice yang aku dapat tertulis UNPAID!!! Memandangkan aku masih hijau lagi dan tak tahu tentang hal ni, aku tak buat apa-apa tindakan. Rupa-rupanya, menurut upline aku, banyak kes macam tu, pekerja stokis buat macam tu, serahkan invoice UNPAID pada pembeli, supaya dalam rekod sales dia boleh masukkan id orang lain menggunakan pembelian aku (mungkin id pekerja itu sendiri). Jadi, aku yang bayar untuk item tu, tapi orang lain yang dapat point/komisen.

Kenapa ye susah sangat untuk bekerja dan berniaga dengan jujur, suka ambil kesempatan pada orang lain dan sebagainya. Aku memang serik dan tak akan jejakkan kaki dah ke stokis pertama dalam cerita ni, dan stokis kedua yang aku ceritakan ni, aku akan melawat sekali lagi, dan kalau kali ni invoice UNPAID jugak yang dia bagi, akan aku sound terus. And I will report it to the HQ.

So please, to all tupperware stockist, please be honest and stop taking advantage of new member like me.

Anda cari rezeki, kami pon nak cari rezeki. Kenapa nak tutup periuk nasi orang lain?

Fikirkan halalkah komisen sales yang anda terima dengan cara menipu.

Standard