Transformers dan Set Lego En.Hubby

Assalamualaikum,

Transformers dan set lego, dua benda yang jadi kegilaan en.hubby untuk mengumpulnya. Mula-mula aku bising jugak sebab harga benda-benda ni ya rabbi mahalnya!!!!!!

But then, bila difikirkan, biarlah. Dah hobi dia. Sekurang-kurangnya boleh nampak depan mata ke mana duit dia habis. Takdelah dihabiskan duit ke arah benda-benda yang tak elok kan, betul tak.

Makanya, aku pun turut samalah menyibuk setiap kali en.hubby beli barang-barang ni. Dah jadi macam aktiviti bersama. Walaupun buat sama-sama, selalu aku kena marah. Sebabnya? Iyelah, slow sikit nak memasang parts benda-benda ni, pastu asyik tersalah pasang ajer, hahahaaha!!!

Nak memasang benda-benda ni, sangat memerlukan kesabaran dan penelitian. Tersalah ambil part, maka adalah yang tak kena nanti. Silap-silap habis kena bukak balik dan cek mana yang salah.

So, these are some of our collectibles. Aku cuma ambil gambar yang duduk dalam almari ni je, yang lain next time aku snap (kalau terasa rajin, hehe).

20150109_144305801_iOS

Kapal terbang terpaksa letak kat atas sebab tak muat dalam almari

20150109_144248857_iOS

Koleksi kesayangan

20150109_144217333_iOS 20150109_144151944_iOS 20150109_144143203_iOS 20150109_144106620_iOS

Standard

Perjalanan seorang wanita yang TTC- Part 1

Assalamualaikum

TTC, mungkin ada orang yang tak faham apa tu TTC? mungkin ini kali pertama mereka dengar tentang TTC.

Tapi bagi wanita yang senasib dengan aku, tentu faham kan apa maksud TTC?

Trying To Conceive, atau mencuba untuk hamil, itulah maksud TTC.

Perit didengar, perit lagi bagi kami yang mengalaminya. Sudahlah sedih mengenangkan penantian yang tak kunjung tiba, terpaksa pulak hadap umpat keji, fitnah orang sekeliling.

Ya, itu kenyataannya. Kami wanita TTC sering dihina, diumpat, dikeji, dipersalahkan.

Dan jangan terkejut kalau semua itu datang dari orang terdekat, yang kononnya mengaku ‘keluarga’ atau mereka yang berkata ‘bukan apa, cuma ambil berat’. Padahal hakikatnya, kenyataannya??

Aku yakin , semua wanita TTC sama macam aku. Menangis dalam hati, tersenyum paksa setiap kali dapat berita kawan2, sepupu , adik beradikipar duai hamil. Memaksa diri tersenyum manis melihat anak comel mereka. Memujuk hati melihat insan lain gembira melayan kerenah anak-anak. Dan memendam rasa bila setiap kali bertemu, hal anak mereka yang selalu diceritakan, tanpa rasa bersalah sikit pun. Tanpa rasa simpati sikit pon.

Kami jarang menangis secara public. Ya, itu kenyataannya. Seboleh mungkin kami cuba sembunyikan kesedihan kami. Malah kadang-kadang suami sendiri pun tak sedar bila masanya kami menangis. Kami cuba belajar untuk jadi kuat.

Tapi malang, kadang-kadang kekuatan kami disalah erti, Dikatanya kami tak kisah tiada zuriat, dituduh kami sengaja merancang, difitnah kami tak mahu zuriat. Astaghfirullahalazim.

Dalam part 2, insyaAllah aku akan ceritakan perjalanan kami. Pengalaman kami tentang supplement, minum air buah zuriat, ke LPPKN, menjalani IUI dan sebagainya.

Standard

Cara buat money order

Assalamualaikum,

Pernah tak buat money order? sebelum ni yang aku pernah buat ialah wang pos, makanya agak terpinga-pinga bila diberitahu kena buat money order.

Puas jugak men’google’, tapi yang ada cuma cara untuk buat wang pos. Akhirnya aku teringat yang en.hubby pernah buat money order di pejabat pos, dan en.hubby dikehendaki mengisi borang. Bila ditanya empunya badan, dia mengesahkan yang kena isi borang, tapi yang mengharukan, en.hubby kata pergi bank untuk buat money order. ??????? Bukan aku temankan dia pergi pejabat pos ke dulu masa dia nak buat money order???? Rupa-rupanya en.hubby pun tak berapa nak ingat.

Maka, aku pun gagahkan diri ke pejabat pos, dengan harapan tak ada sesi loya atau muntah sebaik sahaja enjin kereta hidup. Dan alhamdulillah, perjalanan ke pejabat pos dimudahkan olehNya. Sampai ke pejabat pos, aku cuba mencari-cari kalau-kalau ada bahagian untuk ambil borang. Memandangkan tiada, aku terus ke kaunter untuk bertanya tentang money order. Pekerja pejabat pos tu bagi satu borang untuk diisi. Aku cuba google kot-kot ada contoh borangnya, tapi yang ada borang lama. Tak jauh beza pon sebenarnya borang lama dan baru ni, cuma borang baru ni ada kotak untuk kita pilih samada nak buat money order atau wang pos, local atau foreign. Dan adalah perbezaan yang lain tapi tak kritikal.

borang money order

Borang money order yang lama (sumber sini)

Jadi dah dapat borang, isilah mana yang perlu diisi. Pastikan nama penerima tu betul, sebab nanti pejabat pos akan keluarkan resit yang ada nama penerima tu, bila penerima nak tuntut money order tu nanti pejabat pos akan semak nama tersebut.

Borang ni ada dua bahagian, atas dan bawah. Bahagian bawah tu sebagai resit untuk kita simpan, jadi kena isi jugak maklumat kat situ. Dah selesai isi borang, tunggu giliran kita dipanggil. Serahkan borang tu pada petugas kaunter, dan tunggu sehingga selesai. Petugas tu akan masukkan segala maklumat yang kita dah isi tu ke dalam sistem. Bila dah selesai semuanya, serahkan duit beserta bayaran caj. Aku buat money order rm630, lepas tu kena tambah rm2 untuk caj pejabat pos. Petugas kaunter akan serahkan resit yang dah diceraikan dari borang asal, dan slip money order macam dalam gambar ni.

money order

Slip money order (kredit to blog ini untuk contoh gambar)

Ini pulak contoh wang pos ye, tak sama dengan money order.

Wang pos (sumber pakcik google)

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web posmalaysia kat sini

Standard

Aku dan stokis tupperware

Assalamualaikum

Hati tengah panas dengan si stokis tupperware, makanya tertulislah entry ini.

Stokis-stokis semua jangan risau, aku bukan nak menjatuhkan tupperware atau memburukkan tupperware.

Cuma nak bercerita sikap ‘Manusia’ yang bekerja di stokis itu.

Kisah bermula bila aku teringat ada stokis tupperware yang dekat dengan rumah my sis.

Jadi memandangkan aku tak sihat, aku minta jasa baik my sis tolong belikan item yang aku nak.

No id, kod item, termasuklah gambar kad ahli aku siap-siap whats app pada my sis.

Tiba hari kejadian, pekerja di stokis tak benarkan mereka tolong belikan item berkenaan dengan menggunakan id aku, walaupun setelah ditunjukkan gambar kad ahli aku dan diterangkan aku kurang sihat dan minta mereka tolong beli bagi pihak aku. (Untuk makluman, aku dah tanya upline aku siap-siap, boleh tak aku minta orang lain beli item tupperware dengan gunakan id aku, dan upline aku bagi green light. )

Akhirnya setelah beberapa ketika, si pekerja benarkan mereka beli dan dapat diskaun ahli.

Malamnya aku call, dan diberitahu tentang perkara itu. Pada aku, tak apalah sebab dapat juga beli. Tapi menurut mereka, layanan pekerja stokis itu memang teruk, dengan cara bercakap yang sombong, air muka yang langsung tak mesra.

Kemudian esoknya, upline aku mengkhabarkan berita , sales aku tak masuk dalam sistem. Bila aku minta my family semak invois, ada dicetak, UNPAID invoice, sedangkan mereka dah bayar dan item dah selamat berada di rumah my sis.

So, atas nasihat upline, aku call stokis berkenaan, bercakap dengan pekerja yang berurusan dengan family aku semalam. Awalnya dia semak id aku dan katanya tiada dalam register. Pelik kan? Bila aku cakap invoice semua ada, barulah dia semak semula, dan katanya dia tak close account aku sebab bukan aku sendiri yang pergi beli, dan semasa my family datang beli, mereka tak bawa kad aku. Dia cuma benarkan my family buat pembelian dan bagi diskaun ahli sebab katanya my family ‘insist’. Hello?? Even my family said, mereka cuma minta benarkan beli sebab aku tak sihat dan tak dapat beli sendiri. Kalau pekerja tu memang taknak benarkan, mereka pun tak kuasa nak insist supaya dia bagi item tu sebab mereka memang dah panas hati dengan layanan pekerja tu, dan dah tak nak jejakkan kaki dah ke stokis tu.

And yes, dia berkeras supaya aku atau my family datang balik ke stokis dan tunjuk kad ahli, baru dia akan close account dan masukkan sales aku dalam sistem, in 7 working days. There is no way aku akan drive 4 jam semata-mata nak tunjuk kad aku pada dia. Dan jawapan dia? Memang kena macam tu lah. BIla aku tanya kenapa dah bayar tetap bagi invoice UNPAID? Itu jugak jawapan dia, aku kena ke sana tunjuk kad, baru dia akan bagi resit PAID. Habis tu duit tunai yang my family dah bayar semalam tu masuk dalam rekod mana yer? Jawapan dia, belum close account!!!

Since aku dah menggigil menahan marah, aku malas nak cakap banyak, dan aku terlupa nak tanya kalau aku tak datang tunjuk kad ahli in 7 working days, sales aku yang rm2++ tu akan close bawah account siapa? Account dia ke? Kalau dari awal dia memang tak nak masukkan sales aku dalam sistem, kenapa tak inform pada family aku sebelum mereka buat pembayaran?

Sekarang ni, upline aku tengah berusaha nak tolong supaya sales masuk dalam account aku.

Dan rupa-rupanya, ini bukan kali pertama aku tertipu dengan pekerja stokis.

Sebelum ni aku pernah terkena yang sama, aku sendiri yang ke stokis, dan kad ahli ada dengan aku. Aku dah bbuat pembayaran tunai, ambil item dan balik ke rumah. Tanpa aku sedar, invoice yang aku dapat tertulis UNPAID!!! Memandangkan aku masih hijau lagi dan tak tahu tentang hal ni, aku tak buat apa-apa tindakan. Rupa-rupanya, menurut upline aku, banyak kes macam tu, pekerja stokis buat macam tu, serahkan invoice UNPAID pada pembeli, supaya dalam rekod sales dia boleh masukkan id orang lain menggunakan pembelian aku (mungkin id pekerja itu sendiri). Jadi, aku yang bayar untuk item tu, tapi orang lain yang dapat point/komisen.

Kenapa ye susah sangat untuk bekerja dan berniaga dengan jujur, suka ambil kesempatan pada orang lain dan sebagainya. Aku memang serik dan tak akan jejakkan kaki dah ke stokis pertama dalam cerita ni, dan stokis kedua yang aku ceritakan ni, aku akan melawat sekali lagi, dan kalau kali ni invoice UNPAID jugak yang dia bagi, akan aku sound terus. And I will report it to the HQ.

So please, to all tupperware stockist, please be honest and stop taking advantage of new member like me.

Anda cari rezeki, kami pon nak cari rezeki. Kenapa nak tutup periuk nasi orang lain?

Fikirkan halalkah komisen sales yang anda terima dengan cara menipu.

Standard

Cake in Mug a.k.a Kek dalam Cawan

Assalamualaikum semua,

Pernah tak tiba-tiba terasa nak makan kek?

Masa tu pulak dah malam, mana sempat nak mencari Secret recipe, Lavender dan yang sewaktu dengannya.

Sengsara nak memikirkan terpaksa tunggu sampai esok untuk dapat kek.

Nak buat sendiri, aduhaiiii ‘rajinnya’

Hahahaha…

Mudah saja, apa kata cuba buat cake in a mug atau kek dalam cawan.

Memang mudah, dan cepat.

Ok, jadi bahan-bahan yang diperlukan:

Gula

Secubit garam

Tepung serbaguna

Baking powder

Serbuk koko

Susu segar

Minyak sayuran

Nutella @ peanut butter sebagai filling

Cawan (yang boleh diguna dalam microwave)

Microwave

*** agak-agak saja berapa banyak nak letak semua bahan ok, sebab aku pon main letak 🙂

Caranya? Mudah saja

1.Gaulkan semua bahan-bahan kering tadi dalam cawan

2. Campurkan susu segar dan minyak sayuran, gaul rata sampai tak ada ketul-ketul

3. Letak nutella@peanut butter tadi kat tengah2. Tak perlu tekan, tak perlu gaul, cuma letak sahaja kat atas adunan tu.

4. Masukkan dalam microwave selama lebih kurang 70 -90 saat (bergantung pada microwave)

5. Siap !!!

It’s simple, it’s easy, and it’s tasty.

Selamat mencuba!!!!!

Standard

Ini blog NazRaini

Assalamualaikum,

Blog ini sebagai medium perkongsian dari aku.

Buat yang sudi berkunjung ke blog ini, terima kasih diucapkan.

Semoga ada yang bermanfaat daripada apa yang dicoretkan.

Wassalam 🙂

Standard